SEJARAH AIR

Tahukah Anda?


O% tak83% air Buah Pinggang79% air Jantung83% air Paru Paru 80% air Tulang 22% air Darah 90

Air Alkali Berion sangat senang diminum - itulah perkara yang pertama anda akan perasan apabila meminumnya. Air ini dianggap sebagai jenis air yang terbaik untuk diminum - menyegarkan dan sedap. Air Alkali Berion adalah seperti air banjaran Himalaya atau pergunungan Alps.

Air Alkali Berion telah dibuktikan lebih efektif dari air biasa untuk menyahkan kumuhan asid dalam badan yang boleh menyebabkan Toxemia - punca segala penyakit degeneratif seperti kanser. Air Alkali Berion mempunyai lebih enam kali kuasa menghidrat dari air biasa disebabkan oleh kelompok air yang kecil. Keadaan ini memboleh air diserap lebih mudah dan dalam dan mampu menghidratkan semua sel badan.

Selain dari rasanya yang lebih sedap dari air paip, air Alkali Berion mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan seperti memperlahankan proses penuaan, memberikan lebih tenaga, dan membantu anda menyahkan toksik dalam badan.





Fakta Air

* Air sebenarnya khasiat nombor satu untuk badan. Air sangat penting untuk kehidupan.
* 70% badan kita adalah air dan ianya diperlukan untuk semua fungsi sel badan.
* Kajian menunjukkan 75% rakyat Amerika mempunyai tahap kekurangan air yang kronik dan hampir keseluruhan populasi mempunyai bahan kimia toksik dalam lemak badan disebabkan oleh pengambilan air paip. 53 juta penduduk Amerika minum air yang mempunyai tahap kimia merbahaya yang tinggi - bahan kimia berasaskan chloro- dan fluoro-, plumbum, bakteria najis, racun perosak dan lain - lain yang selalu dikaitkan dengan kanser dan kegagalan fungsi metabolik badan.

* Bagi 37% penduduk Amerika Syarikat, mekanisma haus adalah sangat lemah sehingga ianya kerap disalahtafsir sebagai lapar.
* Kajian oleh University of Washinton menunjukkan segelas air mampu menghilangkan rasa lapar untuk 98% responden ujian - membuktikan salahtafsir mekanisma haus sebagai lapar.
* Punca utama keletihan di siang hari adalah berpunca dari kekurangan air.
* Kajian menunjukkan 8 dari setiap 10 orang boleh mengurangkan sakit tulang belakang dan sendi dengan mengambil 8 hingga 10 gelas air sehari.
* Kita boleh menghadapi keadaan seperti hilang keupayaan ingatan jangka pendek, tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah matematik yang mudah, dan hilang daya tumpu pada skrin komputer atau kertas, sekiranya badan kita kekurangan 2% air.

* Minum 5 gelas air setiap hari mampu mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79%, dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.

Fakta: Alkali

Air Alkali boleh mengurangkan keadaan asidosis dalam badan - keadaan di mana hampir kesemua jenis penyakit boleh berkembang, malah adalah keadaan utama untuk rebakan penyakit.

Fakta: Kelompok Molekul Air Yang Kecil

Molekul air biasanya berkelompok dalam 10 sehingga 15 molekul H2O. Air Berion pula mempunyai kelompok 4 hingga 6 molekul H20 - dua pertiga lebih kecil dari air lain. Keadaan ini menyebabkan sel badan lebih mudah menyerap air Berion dibandingkan dengan air biasa.